Tuesday, January 3, 2012

Adakah kita terlalu Judgmental?

Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita selalu menghakimi orang lain, we're being too judgemental.. Apa salahnya kalau kita lihat orang lain yang pakai hijab tapi drive kereta BMW Sport?? Salah ke kalau dia memang punya kemampuan, nak menghargai diri sendiri dengan cara tu? Asal saja pada masa yang sama, dia tak lupa bayar zakat, tak lupa sedekah jariah dan sentiasa manjaga kebajikan orang lain..

Serasa saya, ramai yang konflik dengan konsep merendah diri yang agama kita anjurkan..mungkin kita fikir dengan pakai kereta mewah, punya rumah besar, pakai pakaian berjenama, secara tak langsung kita mempromosikan rasa bangga dengan kekayaan yang ada..

Adakah kita layak nak menghakimi apa yang orang lain rasa? Apa yang terdetik dalam hati dia? Yakin ke kita yang dia memang punya rasa riak dan memang bertujuan nak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dia miliki? Mungkin setelah berpenah lelah selama ni, baru sekarang dia berpeluang hidup mewah..rezeki tu kan Allah yang kasi..

Sekiranya memang dia berkemampuan, dalam erti kata lain kaya Ya Allah Ya Allah..menjadi kesalahan untuk dia menghargai diri sendiri? Kan tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang meminta? Mana datangnya tangan yang memberi sekiranya memiliki kekayaan itu adalah satu "crime"??

Saya banyak belajar tentang being judgemental ni..saya boleh bercakap disini sebab saya sendiri pernah jadi seorang yang prejudis dan judgemental. Astaghfirullah.. saya sedar saya dah berbuat salah.. Lebih rasa berdosa sekiranya isu yang pernah saya timbulkan pada kawan-kawan membuatkan orang yang dikata mati niat dan hatinya nak istiqomah berbuat baik.. sedar tak sedar saya dah tempah dosa untuk diri sendiri dan mungkin ada share dalam dosa orang lain, Naudzubillah..

Melihat sesuatu yang kita tak setuju lantas menasihati diri sendiri adalah lebih baik daripada melemparkan komen yang mungkin boleh mematikan hasrat baik orang lain..





No comments:

Post a Comment