APA ITU EKZEMA?
Ekzema adalah istilah umum untuk pelbagai jenis
radang kulit (dermatitis). Bentuk yang paling biasa ekzema adalah
atopik dermatitis. Ekzema boleh bermula pada semua peringkat umur,
walaubagaimanapun, kira-kira 85% daripada mereka yang terlibat adalah
kurang dari umur 5 tahun. Sesiapa yang mengalami ekzema biasanya
mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai ekzema atau penyakit
seperti asma dan demam alergi.
APAKAH PENYEBAB EKZEMA?
Punca sebenar ekzema belum dikenalpasti, tetapi faktor-faktor yang mungkin terlibat termasuk:
· Kecacatan kulit yang merosakkan fungsinya sebagai penghalang.
· Fungsi sistem imun yang tidak normal.
· Kecacatan gen yang menyebabkan keabnormalan dalam protein tertentu yang penting dalam mengekalkan kulit yang normal.
Bahan-bahan yang bersentuhan dengan kulit, seperti sabun, kosmetik, pakaian, bahan pencuci, barangan kemas, atau peluh.
· Alergen (bahan-bahan yang menyebabkan reaksi alergi).
· Perubahan dalam suhu atau kelembapan.
· Tekanan psikologi.
PENJAGAAN KENDIRI
Matlamat untuk rawatan ekzema adalah untuk mencegah kegatalan,
keradangan, dan menhalang simptom menjadi lebih teruk. Petua-petua
penjagaan kendiri termasuk:
· Memastikan kulit terhidrasi melalui pemakaian krim atau salap.
· Elakkan mandi terlalu kerap atau lama.
· Mandi air suam selama lima minit, dan
gunakan krim emolien seperti krim petrolatum dengan segera untuk
mengekalkan kelembapan sementara badan masih basah.
· Elakkan menyentuh bahan –bahan iritasi seperti sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas, perengsa alam sekitar.
· Pakai pakaian kapas yang longgar.
· Gunakan kain atau pemampat sejuk untuk mengurangkan kegatalan.
· Elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
· Kurangkan tekanan dengan senaman, meditasi, atau teknik pengurusan stres yang lain.
· Pakai sarung tangan pelindung bagi aktiviti-aktiviti yang menggunakan air.
· Elakkan aktiviti-aktiviti yang membuat anda panas dan berpeluh serta perubahan yang mendadak dalam suhu dan kelembapan
· Kekalkan suhu sejuk di ruangan tidur untuk mengelakkan diri anda berpeluh.
RAWATAN
PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI- Ubat untuk Ekzema
(sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
RUJUKAN:
- Laman web: http://www.medicinenet.com/eczema/page4.htm
- Laman web: www.ncbi.nlm.nih.gov
- Laman web: www.nlm.nih.gov/medlineplus/eczema.htm
- http://knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=96&action=view&retrieveid=147&lang=BM
|
No comments:
Post a Comment