Kebelakangan ni hidup saya banyak "terjebak" dengan kes-kes ataupun isu-isu POLIGAMI.. Baik dari kalangan kawan-kawan yang mengamalkan poligami, berkenalan dan bersembang dengan stranger tentang topik poligami dan membaca beberapa entry bloggers lain perihal poligami.
Sungguh bagi saya secara peribadi, tidak mempunyai masalah dengan praktis poligami di dalam agama kita, namun saya masih gagal nak menghadam maksud poligami secara amali dan praktikalnya.
Saya masih gagal nak membayangkan perasaan isteri pertama yang redha dan rela memberi kebenaran kepada suami untuk berkahwin lain. Mungkin atas alasan masalah kesihatan, atau masalah ekonomi (yng ni kompleks sikit) dan mungkin lain-lain sebab kepada solusi akhirnya ialah poligami.
Sungguh, mengenali diri saya sendiri, saya kagum dengan isteri-isteri yang aman damai hidup dibawah payung dan lindungan seorang suami. Hebatnya suami hingga dapat berlaku adil dan sentiasa berhemah dalam medidik isteri-isterinya. Begitu juga bagi isteri-isteri. Saya sangat kagum dengan kesabaran dan kecekalan anda menjalani kehidupan berkongsi insan penting yang bernama suami. Sanggup mengenepikan perasaan yang sekiranya dilayan akan mengakibatkan pergolakan dan konflik dalam rumahtangga poligmi. Tak terfikir dek akal yang saya akan setabah, secekal dan sesabar anda wahai isteri-isteri sekalian untuk "mengongsikan" suami saya dengan wanita lain. Saya fikir saya terlalu emosi dan cemburu untuk itu semua.
Walaubagaimana pun, bagi wanita-wanita tabah diluar sana yang hidup dalam suasana poligami, tahniah saya ucapkan..kerana anda merupakan insan hebat yang terpilih untuk menghadapi ujian poligami yang bagi saya sangat mencabar ini. Saya juga turut mendoakan anda kekal dalam keharmonian rumatangga dan bahagia hingga ke jannah! =)
No comments:
Post a Comment